26/05/2015:DBKK Beri Penekanan Kepada Penyampaian Perkhidmatan

Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) sentiasa memberi penekanan kepada penyampaian perkhidmatan sejajar dengan objektif  untuk mempertingkatkan tahap komitmennya terhadap orang awam.

Dengan itu, berlandaskan Halatuju  5K DBKK iaitu Kebersihan, Keindahan, Keselamatan, Keteraturan dan Kesejahteraan, warga DBKK perlulah memberikan khidmat sumbangan yang cemerlang.

Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Abidin Madingkir berkata demikian dalam ucapannya pada majlis Sambutan Hari Pekerja Sedunia 2015 Peringkat DBKK di Dewan Masyarakat Kota Kinabalu yang bertemakan “Pekerja Sihat Produktiviti Meningkat”.

Justeru, beliau mahu pihak pengurusan atau ketua-ketua jabatan memastikan anggota-anggota mereka mematuhi semua peraturan dan menegakkan tahap disiplin yang tinggi.

Pada majlis itu, seramai 367 warga DBKK menerima Sijil Khidmat Cemerlang, 64 orang menerima Cenderamata persaraan, sementara 41 orang  menerima Sijil Khidmat Lama DBKK iaitu mereka yang telah berkhidmat lebih 35 tahun.

(wani/aj/cov/Anuar)
sheryl
Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s