26/05/2015:Guna Sebaik Mungkin Peluang Disediakan Kerajaan

Golongan Bumiputera khususnya  golongan wanita disaran menggunakan sebaik mungkin segala peluang disediakan kerajaan melalui pelbagai insentif program keusahawanan dan perniagaan.

Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Moktar Radin berkata, prestasi usahawan khususnya usahawan muda dalam bidang tersebut masih belum berada pada tahap memuaskan.

Dengan itu, katanya, kerajaan akan memberi fokus kepada bidang keusahawanan  sebagai antara sektor yang akan dipertingkatkan dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11). Ini bertujuan melibatkan lebih ramai masyarakat luar bandar termasuk golongan wanita untuk menerokai bidang perniagaan.

Beliau yang juga Ketua Umno bahagian Kinabatangan berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan kedai G&V Boutiqe yang diusahakan ahli cawangan Umno kampong Bilit Kiabatangan, Norhalijah Mohamad di  Sandakan baru baru ini.

 
 (press release/Anuar)
sheryl
Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s