26/05/2015:Perkembangan Kes Pencerobohan Lahad Datu

Perkembangan kes pencerobohan di Lahad Datu dua tahun lalu.

Mahkamah hari ini diberitahu, Pegawai Persenjataan Unit Pemusnah Bom IPK Kepayan, Inspektor Barnabas Madaun telah mengarahkan saksi ke-100 iaitu Ketua Unit Pemusnah Bom, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah Kepayan, Sarjan Mejar Mohammad Nasir Saat, menjalankan pemeriksaan ke atas dua puluh barang kes melalui tiga laporan.

Sejurus selepas itu, saksi berkenaan menerima kesemua barang kes berkaitan daripada Inspektor Mohd Faiz Che Mamat, Pegawai Penyiasat Balai Polis Penampang.

Mereka kemudiannya menandatangani borang penyerahan bagi melakukan pemeriksaan dan ujian ke atas barang kes sebelum disimpan dalam bilik Stor Barang Kes.

Pada 25 Jun 2013, saksi telah sekali lagi membuat ujian kesemua barang kes di IPK kepayan.

Sementara itu, pada 30 Ogos 2013 kira-kira jam 4 petang, saksi telah menyerahkan kesemua barang kes kepada Inspektor Mohd Faiz.

Saksi memberitahu demikian ketika disoal oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Dusuki Mokhtar. Perbicaraan berlangsung di hadapan Hakim Stephen Chung, di Jabatan Penjara Sabah, Kota Kinabalu.

(Esna/Alya/Wn.Anuar)
sheryl
Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s