02/06/2015:’Mat Melaya’ Diberkas

Polis memberkas ‘Mat Malaya’, lelaki yang amat dikehendaki kerana disyaki menembak serta mencederakan kaki seorang pembantu mekanik di sebuah bengkel membaiki penyaman udara, pada Mei lepas.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jalaluddin Abdul Rahman dalam kenyataan hari ini berkata, Mat Malaya, berusia 44 tahun, yang diburu pihak berkuasa hampir sebulan lalu, diberkas kira-kira jam 10.50 malam tadi selepas sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah dan Ranau menyerbu sebuah inap desa di Kundasang.

Katanya, dalam serbuan itu, polis turut menahan seorang wanita tempatan berumur 24 tahun dan merampas dua buah telefon bimbit.

Pada 6 Mei lalu, suspek yang beralamat di Shah Alam, Selangor, menghilangkan diri selepas menembak kaki pembantu mekanik berumur 36 tahun di sebuah bengkel membaiki penyaman udara kenderaan di Jalan Tuaran.

Dalam kejadian itu, suspek dipercayai melepaskan tiga das tembakan dan satu daripadanya mengenai serta menembusi kaki kanan mangsa.

 
(Bernama/Anuar) 
sheryl
Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s