02/06/2015:Pengembara Diminta Hormati Adat Resam Negara Yang Dikunjungi

Pengembara perlu menghormati undang-undang serta adat resam negara yang mereka kunjungi.

Menegaskan perkara itu, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam sekitar, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata, perkara itu perlu dimaklumkan kepada setiap pelancong atau pengembara sebelum berkunjung ke satu-satu destinasi, lebih-lebih lagi lokasi yang dianggap suci oleh etnik atau komuniti tertentu.

Ini, kata beliau, termasuklah destinasi yang diiktiraf Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) sebagai ‘Tapak Warisan Dunia’.

Beliau memberitahu pemberita demikian di Kota Kinabalu sebagai mengulas isu sekumpulan pengembara berkeadaan bogel ketika berada di salah satu puncak Gunung Kinabalu baru-baru ini.

Berikutan kejadian itu, beliau mengarahkan Taman-Taman Sabah menjalankan siasatan bagi mengenalpasti kesahihan gambar tersebut yang kini hangat diperkatakan serta menjadi viral dalam media social.

Menurutnya, sekiranya perkara tersebut sahih, laporan polis perlu dibuat dan mereka yang bertanggungjawab, jika masih berada di Sabah dan  bukan warganegara Malaysia, haruslah diusir keluar. 

Datuk Masidi berkata, ada kemungkinan insiden berkenaan dilakukan orang luar yang mengembara dari satu negara ke negara lain untuk menghasilkan foto lucah di destinasi-destinasi  pelancongan terkenal dan popular.

 
Ends/Farizie/Cov
sheryl
Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s