02/06/2015:Perintah Berkurung Dilanjut Sehingga 17 Jun

Fasa ke-20 perintah berkurung di kawasan perairan Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) yang berakhir hari ini, dilanjutkan ke fasa ke-21 bermula esok hingga 17 Jun, berkuat kuasa dari jam 7 malam hingga 5 pagi.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, keputusan melanjutkan perintah berkurung yang merangkumi perairan enam daerah di pantai timur Sabah itu dibuat selepas mengambil kira situasi keselamatan di kawasan berkenaan serta atas permintaan banyak pihak.

Dalam kenyataan di Kudat hari ini, beliau berkata keputusan itu dibuat bagi menjamin keselamatan dan kesejahteraan pengguna perairan pantai timur selain menjamin keselamatan pelancong serta rakyat Sabah di daratan Esszone. Ia juga memudahkan anggota keselamatan melaksanakan penguatkuasaan, termasuk memantau segala pergerakan bot yang cuba menceroboh untuk melakukan jenayah rentas sempadan, menyekat aktiviti penyeludupan manusia, dadah dan senjata api.

Katanya, kuasa juga diberi kepada semua Ketua Polis Daerah di Esszone untuk mengeluarkan permit kepada mana-mana pemohon bagi tujuan aktiviti perikanan atau bagi laluan yang mendesak.


(BERNAMA/Anuar)
sheryl
Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s