02/06/2015:Sukan SAGA Penting Sebagai Bukti Sabah Tidak Ketandusan Atlet Berpotensi

Sukan Sabah (SAGA) ke-7 sedang berlangsung di Stadium Kompleks Sukan Tawau.

Dalam ucapan perasmiannya, Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman menyifatkan penganjuran sukan itu amat penting bagi membuktikan kesungguhan kerajaan dalam memastikan negeri ini tidak ketandusan altet berpotensi. Ia juga sejajar dengan objektif Dasar Sukan Negara.

Menurut Datuk Musa, kerajaan negeri terus komited memajukan sukan dengan membina, menyediakan dan menaik taraf prasarana, selain memberi geran tahunan kepada persatuan sukan bagi membantu menganjurkan serta menyertai kejohanan di peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa.

Sementara itu, semasa merasmikan tiga acara Sukan Saga, iaitu Karate, Bola Tampar dan Taekwando, yang Ā berlangsung di Daerah Semporna, Pembantu Menteri Kewangan, Datuk Ramlee Marhaban berkata, kejohanan dwi-tahunan itu diharap berjaya mencungkil dan mengetengahkan seberapa ramai atlit berpotensi dari setiap zon.

Beliau yakin Sukan Sabah akan terus menjadi wadah dan penggerak utama ke arah menyemarakkan proses pembangunan sukan di negeri ini.Majlis perasmian itu diadakan di Dewan SMK Abdullah II Semporna.

(twu/cov/Anuar)
sheryl
Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s