03/06/2015:Jangan Beri Kebenaran Penduduk Buat Penempatan Sesuka Hati

Ketua Kampung dan Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung (JKKK) diingatkan supaya tidak memberi kebenaran kepada penduduk untuk membuat penempatan sesuka hati mereka.

Langkah itu penting bagi mengelak kewujudan kawasan setinggan yang boleh mengundang pelbagai masalah.

Ini ditegaskan Menteri Pembangunan Masyarakat Dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Hajah Jainab Ahmad Ayid.

Beliau juga mengingatkan penduduk supaya sentiasa mematuhi peraturan dan tidak membina rumah terlalu rapat. Ia sebagai langkah keselamatan bagi memudahkan operasi menyelamat sekiranya berlaku kebakaran.

Datuk Jainab ditemui media semasa melawat mangsa kebakaran Kampung Sepakat Jaya Sepanggar di Dewan Serbaguna Sembulan.

Seramai 215-penduduk kampung terjejas akibat kebakaran melibatkan kira-kira 25-buah rumah setinggan di kampung Sepakat Jaya Sepanggar, pada pukul 12.40-tengah hari kelmarin.

sahira/cov/Juliana
sheryl
Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s