06/06/2015: Sidang Media Berkaitan SAR Gempa Bumi Sabah

Perkembangan terkini dalam gempa bumi di Ranau.

Sebanyak sebelas orang disahkan terkorban dalam insiden gempa bumi di mana 2-daripadanya telah dikenalpasti sementara 9-mayat lagi sedang dibawah turun sementara menunggu pasukan forensik bagi pengecaman identiti.

Dalam satu sidang media ops Kinabalu sekitar tengahari di Ranau, Menteri Pelancongan Kebudayaan dan Alam Sekitar, DSP Masidi Manjun telah mengesahkan perkara itu.

Menurutnya, semua pihak anggota keselamatan sedang berusaha mencari kesemua yang masih belum ditemui. Tambahnya, kesemua 9-mayat tersebut ditemui di lokasi berbeza.

Beliau turut memaklumkan, hasil perbincngan bersama pihak Taman-taman Sabah, segala aktiviti berkaitan gunung Kinabalu akan ditutup selama 3-minggu bagi tujuan post-moetem pasca-gempa bumi serta atas tujuan keselamatan.

Sidang media yang turut disertai Timbalan Ketua Menteri merangkap Huguan Siou Sabah, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan secara rasminya mengumumkan insiden malang tersebut sebagai satu bencana akibat perbuatan sumbang sekumpulan warga asing di puncak gunung Kinabalu baru-baru ini.

Huguan Siou turut mengumumkan satu upacara bagi menghormati semangat gunung akan diadakan dalam masa terdekat.

Beliau turut meminta pihak berkaitan untuk senarai hitamkan warga asing yang terlibat dan seandainya mereka masih berada di negeri ini, harus dikenakan tindakan undang-undang.

Beliau turut memaklumkan, Kementeriannya akan membuat tinjauan dalam insiden tersebut bagi mengenalpasti sebarang kemusnahan.

Ends/skuad alfa rtmkk

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s