06/06/2015:Kenyataan Ketua Menteri Sabah

Saya berada di Shanghai, China untuk misi pelaburan ketika bencana tersebut berlaku.

Walaubagaimana pun, saya mengambil keputusan untuk pulang lebih awal dan sebaik tiba di Kota Kinabalu petang tadi saya terus ke lokasi bencana di sini.

Saya telah diberikan taklimat terperinci oleh pihak berkuasa dari semua aspek terutama kesan-kesan bencana ini dan usaha-usaha untuk membawa turun atau menyelamat mereka yang tercedera atau terkandas di Gunung Kinabalu.

Saya menghargai sumbangan dan komitmen tinggi semua jabatan dan agensi termasuklah para mountain guide (malim gunung) tempatan kita, yang sudah mahir mengenai laluan pendakian, yang secara sukarela membantu membawa turun mereka yang terkandas.

Bagaimanapun, kita berasa amat sedih dan dukacita kerana beberapa orang mangsa telah meninggal dunia termasuk Pelancongan  semasa insiden gempa bumi dan runtuhan batu dari gunung ini.

Oleh itu, saya bagi pihak kerajaan negeri dan seluruh rakyat Sabah melahirkan perasaan sedih dan simpati yang amat mendalam serta ucapan takziah kepada semua ahli keluarga mangsa yang terkorban.

Kita harapkan mereka terus diberikan ketabahan, kesabaran dan kekuatan.

Saya juga ingin memaklumkan bahawa setelah mengadakan perbincangan dengan semua pihak dan sebagai menghormati serta simpati kita kepada semua yang terlibat dengan bencana ini, Majlis Rumah Terbuka Malaysia Tadau Kaamatan 2015 yang dijadualkan pada hari esok, dibatalkan.

Bagi kita apa yang lebih penting adalah tumpuan kini harus kita berikan kepada usaha-usaha untuk memulihkan keadaan, keselamatan, semangat dan keyakinan mereka yang berada di kawasan-kawasan yang terjejas akibat bencana ini.

Dalam masa yang sama, saya meminta jabatan dan agensi terlibat supaya sentiasa bersiap sedia menghadapi apa juga kemungkinan dan memberikan amaran dan makluman kepada penduduk dengan segera untuk mengambil tindakan yang perlu.

Kerajaan negeri merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pegawai dan kakitangan dari pelbagai jabatan dan agensi Negeri dan Persekutuan, NGO, para mountain guide (malim gunung), media, orang perseorangan dan semua pihak yang terlibat dengan usaha-usaha membantu dan menyelamat mangsa-mangsa bencana ini.

Saya juga meminta agar semua premis kerajaan mengibarkan bendera Negeri Sabah separuh tiang pada hari Isnin sebagai tanda berkabung.

Sekian.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s