06/06/2015:Kos Kerosakan Sekolah Di Ranau Akan Dinilai

Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) akan merujuk kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) bagi menilai kos kerosakan melibatkan sekolah-sekolah yang terjejas akibat gempa.

Ini termasuk beberapa blok penginapan guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Ranau yang diisytihar JKR & JBPM tidak selamat untuk di duduki.

Pengarahnya, Datuk Jame Alip memberitahu, selain SMK Ranau, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Ranau turut dikenalpasti antara 33 buah sekolah di Ranau yang mengalami kerosakan teruk
akibat kejadian gempa SEMALAM.

Berikutan kejadian itu, beliau telah mengarahkan semua guru besar dan pengetua sekolah di daerah berkenaan untuk melakukan pemeriksaan serta melaporkan kerosakan di sekolah masing-masing.

Datuk Jame ditemui Pemberita RTM ketika melawat serta meninjau kerosakan akibat gempa di SMK Ranau di Ranau.

SMK Ranau yang dibina pada 2003 dan siap sepenuhnya pada 2005 kini dihuni 904 pelajar dan 69 orang guru.

Ends/Farizie/SJK/Oli
Sheryl

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s