07/06/2015:Lapan Mayat Dituntut Keluarga

Lapan mayat gempa bumi di Ranau  dituntut waris masing-masing di Jabatan Forensik Patalogi, Hospital Queen Elizabeth (HQE) Kota Kinabalu, kira-kira pukul 6.20 petang tadi. Satu mayat warga tempatan dan 7 mayat warga Singapura.

Mangsa warga tempatan seorang malim gunung dibawa ke kampung halamannya di Bundu Tuhan Ranau. Dua lagi mayat warga Singapura di bawa ke pusat pengurusan mayat KK Thiong Hwa Kota Kinabalu.

Sejurus selepas itu semua mayat akan dibawa ke Lapangan Terbang Antarabangsa (KKIA) Dua untuk diterbangkan ke Singapura menggunakan kapal tentera udara Singapura.

Sementara itu, Jabatan Forensik Patalogi, HQE menerima tiga lagi beg mayat mangsa gempa bumi Ranau , kira-kira pukul 5.20 petang tadi. Tiga beg itu berisi mayat tidak sempurna dan dua lagi beg berisi mayat dalam keadaan sempurna.

Ini menjadikan lapan beg mayat diterima jabatan berkenaan secara berperingkat-peringkat sejak petang tadi.

Kru berita RTM yang berada di kawasan itu turut menyaksikan tiga beg mayat mangsa tiba pukul 4.25 petang menggunakan kenderaan polis.

Sementara itu, tinjauan krew berita RTM mendapati beberapa ahli keluarga mangsa telah tiba untuk membuat pengecaman.

Bedah siasat mayat mangsa di jabatan berkenaan berakhir pukul 6.00 petang dan disambung ESOK.

Ends/shon/esna/cov/artika
Sheryl

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s