07/06/2015:TPM Lawat Ranau

TPM/Gempa
07/06/2015

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yussin mengadakan lawatan kerja sehari ke Sabah bagi meninjau perkembangan terkini di Ranau berikutan kejadian gempa bumi baru-baru ini.

Tan Sri Muhyiddin memulakan lawatannya di Masjid Pekan Ranau sambil meninjau kerosakan teruk yang berlaku pada salah satu bumbung di masjid berkenaan.

Beliau yang diiringi Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman meneruskan lawatan ke dua lokasi sekolah menengah di daerah berkenaan yang terjejas akibat gempa.

Antaranya sekolah yang dilawati Sekolah Menengah Kebangsaan Ranau yang mengalami kerosakan teruk khususnya melibatkan quarters guru.

Terdahulu, Tan Sri Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan Malaysia turut melawat Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Mohammad Ali di Kampung Lohan Ulu-Dilik yang terletak kira-kira 10-kilometer dari Pekan Ranau.

Turut hadir, Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Sukarti Wakiman.

Hadir sama, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan, Timbalan Menteri Pendidikan Pertama, Datuk Mary Yap Kain Ching serta Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun.

Tan Sri Muhyiddin seterusnya menghadiri taklimat bencana yang diadakan di Restoran Liwagu, Taman-Taman Sabah di Taman Kinabalu, Kundasang.

Ends/Farizie/SJK/Oli/Cov
Sheryl

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s