08/06/2015:Bantuan Terus Disalurkan Kepada Mangsa Bencana

Kerajaan tidak pernah mengabaikan kebajikan rakyat khususnya yang terlibat dalam bencana alam.

Menegaskan perkara itu, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Hajah Azizah Mohd Dun memberitahu, ini termasuk pelbagai usaha membantu serta penyaluran pelbagai bentuk bantuan kepada waris serta ahli keluarga malim gunung yang terkorban dalam kejadian gempa bumi yang melanda negeri ini pada jumaat lalu.

Jelas Datuk Azizah, bantuan yang disalurkan membuktikan keseriusan dan keprihatinan kerajaan dalam meringankan beban hidup yang ditanggung sekaligus sebagai sokongan moral agar waris serta ahli keluarga terbabit terus tabah dan cekal mengharungi dugaan mencabar ini.

Datuk Azizah ditemui Pemberita RTM sewaktu mengadakan lawatan serta menyalurkan bantuan kepada ahli keluarga malim gunung, mendiang Robbie Sipanggi di Kampung Kiau Nuluh di Kota Belud.

Mengenai usaha kementerian dalam memantau perkembangan serta kerluan semasa waris keluarga malim gunung yang terkorban, Datuk Azizah berkata, beberapa agensi di bawah kementeriannya seperti Jabtan Kebajikan Masyarakat akan mempergiat usaha termasuk bantuan kaunseling
ahli keluarga terbabit yang masih trauma dengan kejadian mengejutkan itu.

Mendiang Robbie Sapinggi, 31 tahun dari Kampung Kiau Nuluh, Kota Belud merupakan salah seorang daripada 5 malim Gunung Kinabalu yang terkorban dalam kejadian gempa bumi berukuran 5.9 skala ritcher yang mengegarkan hampir keseluruhan negeri ini pada 7.15 pagi jumaat ini.

Ends/Farizie/SJK/Rita/Oli/Jean/Cov
Sheryl

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s