08/06/2015:Gangguan Siaran TV RTM Sejak Kejadian Gempa Bumi

Jurutera Pemancar TV RTM Sabah, Mohd Fauzi Ali Hassan mengesahkan terdapat gangguan siaran TV RTM sejak kejadian gempa bumi di Ranau, Jumaat lalu.

Ketika dihubungi pemberita RTM, beliau tidak menolak kemungkinan gangguan itu, disebabkan masalah teknikal di Stesen Pemancar TV Layang-Layang, di KM4 dari Timpohon.

Antara kawasan yang terjejas ialah di Pedalaman Sabah, Ranau, Keningau, Tambunan dan kawasan yang berhampiran.

Menurutnya, sehingga kini, jurutera RTM yang bertugas di stesen tersebut berada di Timpohon dan tidak dibenarkan naik untuk membuat pemeriksaan atas sebab keselamatan.

Sehubungan itu, beliau berharap masalah tersebut dapat diatasi dalam tempoh terdekat selepas dibenarkan ke stesen berkenaan.

Sebelum itu, penduduk di sekitar kawasan berkenaan melaporkan berlaku gangguan siaran TV RTM.

Ends/esna. (she/int)
Sheryl

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s