08/06/2015:JKKK Kampung Kiau Nuluh Mohon Bantuan Paip Baharu

Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Kiau Nuluh, Kota Belud memohon kepada Jabatan Saliran dan Pengairan Kota Belud agar disalurkan bantuan paip baharu di kampung berkenaan.

Ia bagi menggantikan paip usang serta daif di kampung tersebut yang mengalami kerosakan teruk ekoran kejadian gempa bumi pada jumaat lalu.

Menurut pengerusinya, Sadib Miki, keperluan untuk mendapatkan paip baharu itu agak mendesak disebabkan kali terakhir kampung berkenaan menerima penyambungan paip baharu pada tahun 1976.

Jelasnya,ketika ini pihaknya terpaksa menggunakan bambu bagi membolehkan sumber air graviti yang digunakan dapat disalurkan secara berperingkat-peringkat untuk kegunaan penduduk kampung.

Beliau memberitahu, permohonan tersebut akan diserahkan kepada jabatan terbabit dalam masa terdekat setelah laporan lengkap tahap dan nilai kerosakan dikenalpasti.

Beliau ditemui Pemberita RTM ketika melakukan tinjauan serta pemantauan melibatkan beberapa batang paip yang rosak dan pecah di Kampung Kiau Nuluh, Kota Belud.

Kampung Kiau Nuluh yang 90-peratus penduduknya merupakan malim gunung kini dihuni kira-kira 700 orang penduduk berketurunan Dusun.

Ends/Farizie/SJK/Rita/Oli/Jean/Cov
Sheryl

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s