09/06/2015:Pelancong Akan Dikenakan Sogit

Sekumpulan pelancong asing yang berkelakuan sumbang ketika berada di puncak gunung Kinabalu, baru-baru ini, akan dikenakan sogit atau denda.

Presiden Majlis Hal Ehwal Anak Negeri Sabah (MHEAINS), Mohamad Haji Alamin berkata, bentuk sogit atau denda itu akan ditentukan selepas diputuskan oleh Mahkamah Anak Negeri Ranau.

Mohamad menyatakan demikian kepada media selepas menghadiri mesyuarat khas bersama ketua-ketua adat di daerah Ranau yang dipengerusikan pegawai Daerah merangkap hakim mahkamah anak negeri Ranau, Haji Faimin Kamin.

Sesetengah pihak mengaitkan kejadian gempa bumi di Ranau dengan tindakan sekumpulan pelancong asing berbogel di atas gunung tertinggi di Asia Tenggara itu baru-baru ini.

Mohamad berkata, ketua-ketua adat juga akan menyelaraskan cara terbaik mengadakan upacara ritual bagi menghormati “semangat gunung” dengan melibatkan “Counsel of Eldest”.

Beliau turut meminta kerjasama pihak-pihak yang berkenaan termasuk Taman-Taman Sabah supaya dapat mengingatkan pelancong supaya sentiasa menghormati adat resam masyarakat di negeri ini.

(Donny/Oli/cov/Anuar)
Sheryl

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s