09/06/2015:RM10 Juta Untuk Baik Pulih Taman-Taman Sabah

Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mengumumkan peruntukan 10 juta ringgit kepada Kerajaan Negeri bagi tujuan baik pulih Taman-Taman Sabah selepas kawasan Gunung Kinabalu terjejas teruk akibat kejadian gempa bumi 5.9 pada skala richter di Ranau pada Jumaat lepas.

Berucap dalam Majlis Penyampaian Bantuan Gempa kepada mangsa dan waris mangsa gempa di Dewan Kinabalu, Taman Kinabalu, Datuk Seri Mohd Najib juga menyatakan, tiga syor juga dicadangkan sebagai langkah-langkah pemulihan Taman Kinabalu.

Tiga syor tersebut ialah memasang  alat pengesan gempa berteknologi tinggi di lokasi sesuai di Taman Kinabalu, malim gunung yang berdaftar perlu dibekalkan dengan peralatan perhubungan walkie talkie dan cadangan memperbesar tapak pendaratan helikopter di Laban Rata, Gunung Kinabalu.

Sementara itu, dalam sidang media selepas majlis tersebut, Perdana Menteri menyatakan, pemulihan di Taman Kinabalu perlu diberi keutamaan sesuai statusnya sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO.

Datuk Seri Najib juga berpuas hati dengan operasi mencari dan menyelamat SAR yang dijalankan pasukan keselamatan dan menolak dakwaan pelbagai pihak bahawa tindakan menyelamat lambat dilaksana.

Mengenai peranan malim gunung yang banyak membantu operasi SAR, beliau menyatakan, kerajaan sedia mempertimbang pemberian anugerah kepada mereka termasuk yang terkorban dalam kejadaian gempa itu.  

Terdahulu, Perdana Menteri melawat Ibu Pejabat Polis Ranau bagi meninjau bangunan di IPD berkenaan yang mengalami kerosakan dan keretakan akibat gempa.

Beliau turut meluangkan masa melawat anggota dan ahli keluarga polis yang ditempatkan di khemah sementara di perkarangan IPD berkenaan.

Perdana Menteri seterusnya bergerak ke Restoran Liwagu, Taman Kinabalu Kundasang bagi mendengar taklimat terkini kejadian gempa dan operasi mencari dan menyelamat.

(krukdsg/cov/artika/Anuar)
Sheryl

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s