13/6/2015:Lagi Gegaran Sederhana Berskala 5.1 Skala Richter Berlaku Awal Pagi Tadi

Satu lagi gegaran sederhana berskala 5.1 richter mengegarkan beberapa daerah di negeri ini kira kira pukul. 2.29 pagi tadi.

Gegaran itu dirasai di ranau, kota belud, kota marudu, tuaran,  kota kinabalu, papar dan beberapa lagi kawasan di pantai barat sabah.

Berdasarkan maklumat di perolehi, gegaran berkenaan turut dirasai di negara jiran, Brunei Darussalam.

Ketika mengesahkan kejadian gempa berkenaan, pengarah meteorologi sabah abd malik tussin menyatakan gempa terbaharu yang direkodkan itu adalah paling kuat selepas gempa 5.9 skala richter pada 5 jun lepas yang berpusat di ranau. Setakat pukul 5.40 pagi tadi, sebanyak 75 gempa susulan direkodkan met.

Tinjauan Kru berita RTM di ranau mendapati penduduk kampung keluar dari rumah masing-masing dan berkumpul di tempat lapang. Mereka juga memaklumkan mendengar bunyi dipercayai runtuhan bongkah batu dari gunung kinabalu.

Ketika dihubungi rtm Ketua Balai Bomba Ranau, Jimmy Lagung memberitahu, pihaknya sentiasa bersiapsiaga terhadap sebarang laporan yang diterima daripada orang awam.

Sementara itu, di kota kinabalu, penduduk yang tinggal di tempat tinggi seperti flat dan apartment juga bergegas turun demi keselamatan masing-masing selepas gegaran berkenaan.

Ends/oli/call/artika
Sheryl

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s