16/06/2015:Kecekapan Pihak Penyelamat Termasuk Malim Gunung Mendapat Penghargaan

Tindakan pantas semua pihak yang terlibat dalam usaha mencari dan menyelamat pendaki yang terkandas di Gunung Kinabalu mendapat pujian dan penghargaan daripada Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri Singapura. Ini termasuk usaha yang dijalankan untuk membawa turun mayat mereka yang terkorban dalam tragedi gempa bumi, 5 Jun lepas itu.

Menteri Dalam Negeri, Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi yang memaklumkan perkara itu berkata, kecekapan pihak penyelamat termasuk malim-malim gunung dan bantuan yang diberikan kepada mangsa dari luar negara serta keluarga mereka membuktikan rakyat Malaysia sentiasa proaktif dalam menghulurkan bantuan.

Sikap pemurah seluruh rakyat Malaysia dalam menghulurkan bantuan termasuk sumbangan secara sukarela juga menerima pujian badan-badan antarabangsa.

Dato’ Seri Ahmad Zahid menyatakan demikian dalam sidang media selepas Lawatan Kerjanya ke Taman Kinabalu, Kundasang.

Terdahulu, beliau  berkesempatan berjumpa dan menyampaikan bantuan kewangan kepada waris keluarga empat malim gunung yang terkorban semasa kejadian gempa itu, di rumah kediaman keluarga mendiang Valerian Joannes di Kampung Bundu Tuhan, Ranau.

 
(ear/fa/cov/Anuar)
sheryl
Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s