16/06/2015:Perintah Berkurung Tidak Jejas Aktiviti Ekonomi Penduduk

Penguatkuasaan perintah berkurung di enam daerah Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) tidak menjejaskan aktiviti ekonomi penduduk terutama komuniti maritim di kawasan itu.

Bercakap di Dewan Rakyat hari ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, sepanjang perintah berkurung dilaksanakan, permit-permit pengecualian telah dikeluarkan kepada bot-bot nelayan yang bercadang menangkap ikan dengan jarak maksima sejauh lima batu nautika dari pantai.

Katanya, sehingga Mei, sepanjang perintah berkurung fasa ke 19, sebanyak 462 permit telah dikeluarkan kepada bot-bot nelayan, feri dan kapal-kapal dagang bagi melakukan aktiviti ekonomi mereka. 

Perintah berkurung di perairan enam daerah sepanjang perairan Sandakan hingga Tawau di negeri Sabah mula dikuatkuasa sejak 19 Julai tahun lepas susulan beberapa insiden penculikan melibatkan pelancong asing dan anggota keselamatan.

Datuk Seri Sahidan juga berkata,  perintah berkurung itu mendapat sambutan baik daripada komuniti maritim dalam kalangan nelayan, pengusaha resort dan penternak ikan yang bergantung pendapatan kepada hasil laut.  

 
(Bernama/Anuar)
sheryl
Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s