18/06/2015:Beri Sokongan Kepada Penghuni Penjara

Komitmen keluarga penting dalam memberi semangat dan perlindungan kepada penghuni Penjara, terutama apabila mereka kembali ke pangkuan masyarakat.

Sehubungan itu, Jabatan Penjara menjalin kerjasama dengan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia melaksanakan program Jalinan Kasih, khusus untuk Penghuni Penjara Pusat Kota Kinabalu.

Penolong Kanan Komisioner (PKK), Ajidin Haji Salleh yang ditemui semasa program itu berkata, seramai 10 orang banduan yang menunjukkan sikap dan perubahan baik semasa di penjara dipilih untuk mengikuti program tersebut kali ini. Melaluinya mereka diberi peluang untuk bersemuka dengan keluarga masing-masing

Sementara itu, seorang penghuni yang ditemui menyatakan rasa sebak kerana selepas lebih satu tahun barulah dapat berjumpa dengan keluarganya, sambil menyatakan rasa kesal terhadap kesalahan yang dilakukannya.

Ibu bapa yang ditemui rata-rata melahirkan rasa syukur kerana  dipilih mengikuti program berkenaan serta berharap untuk melihat perubahan pada diri anak-anak mereka apabila dibebaskan nanti.

Ends/Esna/Za/Cov.

sheryl

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s