18/06/2015:Jabatan Air Negeri Berusaha Pulihkan Bekalan Air Di Ranau

Kerja pembaikan muka sauk air mentah Loji Rawatan Air Bambangan di Ranau sudah mencapai 60 peratus selepas mengalami kerosakan akibat banjir lumpur yang membawa banyak serpihan kayu balak. 

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima, Musa Haji Aman berkata, kerja pembaikan tinggal 40 peratus untuk membersihkan serpihan kayu balak itu yang mengakibatkan loji air tersebut tidak dapat berfungsi.

Menurut Datuk Musa,Jabatan Air Negeri berusaha keras untuk memulihkan bekalan air kepada penduduk di kawasan itu.

Datuk Musa juga berterima kasih dengan sumbangan air minuman daripada pelbagai pihak termasuk swasta, individu dan persatuan bukan kerajaan yang dihantar ke pusat pemindahan Ranau dan Kundasang.

Beliau ditemui pemberita selepas melawat pusat pemindahan mangsa banjir lumpur di Dewan Masyarakat Ranau. Terdahulu beliau melawat Loji Rawatan Air Bambangan serta pusat pemindahan mangsa banjir lumpur dari Kampung Mesilou di Dewan Mini Kundasang.

Datuk Musa yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bencana Negeri berkata berikutan cuaca yang tidak menentu pada masa sekarang, penduduk kampung terlibat akan terus ditempatkan di pusat pemindahan.

Katanya yang penting keselamatan penduduk kampung terjamin serta mendapat keperluan makanan dan minuman yang mencukupi disediakan oleh agensi kerajaan negeri dan persekutuan.

Beliau juga memuji inisiatif Perpustakaan Negara dan Perpustakaan Negeri menghantar bahan pelajaran ke pusat pemindahan untuk kanak-kanak supaya mereka tidak bosan berada di pusat tersebut.

 
ENDS/MFJA/AG/COV/BERNAMA/JANE
sheryl
Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s