18/06/2015:MUIS Lancar Tabung Amanah Ummah

Mengambil berkat sempena kedatangan Ramadan Al-Mubarak kali ini, Majlis Ugama Islam Sabah, (MUIS) melancarkan Tabung Amanah Ummah (TAMU) berpusat di Masjid Negeri Sabah, pagi tadi.

Menurut Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Haji Mohd. Arifin Haji Mohd Arif, pewujudan TAMU ini adalah untuk memberi ruang kepada semua pihak untuk memberi sumbangan selain membantu masyarakat Islam dan juga bukan Islam yang ditimpa bencana, sama ada di dalam mahupun  luar negeri

Katanya, TAMU yang dipengerusikan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) merangkap Setiausaha MUIS, Mohd. Adnan Rosdin Haji Mohd Ariff merupakan tabung yang berterusan

Datuk Arifin berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas majlis pelancaran tersebut

Acara penyampaian sumbangan kepada mangsa banjir lumpur di Ranau turut diadakan pada majlis yang sama. Barangan berupa makanan, minuman, dan peralatan solat itu disumbang Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah, MUIS, badan-badan NGO serta orang perseorangan.

(ida/za/cov/Anuar)
sheryl
Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s