19/06/2015:Cadangan Bina Muka Sauk Baharu Di Ranau

Ahli Parlimen Ranau, Datuk Dr. Ewon Ebin mencadangkan kerajaan persekutuan untuk membina Muka Sauk yang baharu di Ranau bagi mengatasi masalah bekalan air di daerah itu apabila berlaku gempa bumi.

Datuk Ewon yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi menyarankan kerajaan membina muka sauk baharu di sungai Mokodou, kira-kira 20 kilometer dari Pekan Ranau.

Katanya, pewujudan Muka Sauk baharu penting memandangkan air muka sauk sedia ada tercemar apabila hujan lebat, selain dicemari racun yang digunakan dalam pertanian.

Dalam pada itu, Datuk Ewon juga menggesa pihak berwajib khususnya Jabatan Mineral dan Geosains membuat kajian terperinci terhadap Lombong Tembaga Mamut yang berkapasiti 6-juta meter isi padu air.

Datuk Ewon menyatakan perkara itu selepas melawat lokasi Muka Sauk Loji Kampung Bambangan Ranau.

Terdahulu, beliau turut menyampaikan sumbangan peribadi kepada pemilik rumah yang runtuh dan rumah yang hampir runtuh di Kampung Mesilou. Mangsa, Jawita japi dan Haili Salim masing-masing menerima 5-ribu ringgit.

Datuk Ewon juga melawat penduduk yang dipindahkan di Mini Dewan Kundasang dan pusat pemindahan sementara di Dewan Masyarakat Ranau.

Oli/Hs/Cov/Jane
sheryl
Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s