19/06/2015:Hujan Berterusan Sebabkan Hakisan Lereng Gunung Kinabalu

Hujan diramalkan berterusan sepanjang Ramadan ini akan menyebabkan hakisan di lereng Gunung Kinabalu dan membawa batuan, tanah dan kayu mengalir ke lembah, lurah serta sungai.

Ketua Bahagian Sumber Mineral, Jabatan Mineral dan Geosains Sabah, Jontih Enggihon berkata hujan berterusan akan lebih memburukkan keadaan terutamanya di kawasan yang berhampiran sungai.

Katanya, hakisan itu akan membentuk aliran lumpur yang membawa beribu tan tanah dan batu berat yang bergolek akan menghakis tebing dan dasar sungai seperti yang berlaku di Sungai Liwagu dan Mesilou,Ranau.

Jontih ketika dihubungi Bernama di Kota Kinabalu berkata, penduduk di sepanjang sungai terdedah kepada bahaya akibat hakisan tebing, kesan hentakan kuat daripada serpihan yang dibawa oleh banjir lumpur.

Keadaan itu katanya, adalah fasa selepas gempa yang berlaku dan boleh menyebabkan kehilangan nyawa sekiranya tindakan wajar tidak diambil.

Namun, beliau berkata Jawatankuasa Bencana Daerah bersama agensi-agensi berkaitan telah mengambil langkah berjaga-jaga dengan memindahkan penduduk ke kawasan yang lebih selamat bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.

Baru-baru ini, Jabatan Meteorologi meramalkan Sabah akan mengalami kekerapan hujan sepanjang Ramadan,yang akan menyebabkan tanah runtuh dan banjir kilat.

Bernama/Jane
sheryl
Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s