21/06/2015:KRT Bertanggungjawab Agih Bantuan Kepada Mangsa Gempa Bumi

Kawasan Rukun Tetangga (KRT) yang dipertanggungjawabkan untuk mengagihkan bantuan kepada mangsa gempa bumi dan banjir di sekitar daerah Ranau perlu memastikan bantuan berkenaan dapat disampaikan kepada penerima yang benar-benar layak.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Joseph Kurup berkata, perkara itu penting bagi memastikan hasrat semua pihak yang menghulurkan pelbagai bentuk sumbangan berkenaan, mencapai sasaran dalam usaha membantu meringankan beban keluarga mangsa yang terlibat dalam bencana itu.

Beliau menyatakan demikian kepada media selepas Majlis Jejak Perpaduan dan Penyampaian sumbangan kemanusiaan Bencana bersama Warga KRT Ranau dan Kundasang di Tabika Perpaduan Kampung Marakau, Ranau.

Tan Sri Kurup berkata, beliau telah meminta kesemua 36 KRT di kawasan Kundasang dan Ranau agar dapat membantu menyampaikan sumbangan itu dengan sebaik mungkin.

Dalam majlis itu, pelbagai pihak telah memberikan sumbangan termasuk KRT Sabah yang telah menyumbangkan wang tunai sebanyak 38-ribu 731 ringgit, KRT Sarawak, 63-ribu 770 ringgit dan KRT Malaysia sebanyak 50-ribu ringgit.

Eds/Donny (Oli/bern/cov)
Sheryl

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s