21/06/2015:NIOSH Sedia Rangka Modul Latihan Keselamatan Untuk Malim Gunung

Institut Keselamatan dan Pekerjaan Negara (NIOSH) sedia merangka satu modul latihan keselamatan kepada malim-malim gunung Kinabalu.

Pengerusinya, Tan Sri Lee Lam Thye berkata, ia bagi memberi pendedahan dan persediaan mengenai langkah keselamatan yang perlu diambil oleh malim gunung semasa menjalankan tugas membawa pendaki gunung.

Beliau menyatakan demikian dalam majlis perjumpaan bersama Persatuan Malim Gunung Kinabalu di Taman Kinabalu, Kundasang.

Menurutnya, beliau akan menulis surat kepada Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar sabah bagi mendapatkan sokongan tersebut.

Dalam perjumpaan itu, Tan Sri Lee turut menyampaikan sumbangan peribadi kepada empat waris malim gunung yang terkorban dalam kejadian gempa bumi yang melanda Sabah, 5 Jun lalu.

NIOSH Sabah turut menyampaiian sumbangan kepada Persatuan tersebut.

Ends/Donny (Ear/cov)
Sheryl

Tinggalkan komen