21/06/2015:SRJK Pei Wen Ranau Dikosongkan Berikutan Berlaku Kerosakan Akibat Gempa

Sebuah bangunan dua tingkat di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SRJK) (C) Pei Wen, Ranau dikosongkan berikutan berlaku kerosakan akibat gempa bumi.

Bangunan itu menempatkan enam buah kelas, bilik komputer, bilik sains dan pejabat pentadbiran sekolah.

Pengarah Pendidikan Negeri, Datuk Jame Alip berkata, arahan itu dikeluarkan selepas bangunan berkenaan didapati tidak selamat diduduki berdasarkan laporan unit forensik Jabatan Kerja Raya.

Beliau menyatakan demikian kepada media ketika ditemui selepas melawat sekolah tersebut.

Sebanyak tiga buah khemah didirikan untuk dijadikan kelas sebelum pembinaan bangunan kelas sementara disiapkan dalam tempoh dua bulan.

Menurutnya, sesi persekolahan di sekolah yang mempunyai 410 murid itu berjalan seperti biasa bagi memastikan pengajaran dan pembelajaran murid tidak terjejas akibat kerosakan itu.

Ends/Donny (Oli/Ber/cov)
Sheryl

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s