27/6/2015:Kerajaan Negeri Sokong Tindakan SPRM

Kerajaan negeri menyokong  penuh tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat sindiket pengeluaran sijil anak negeri yang palsu.

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman berkata, tindakan tegas dan menyeluruh ini amat penting bagi membanteras sindiket tersebut dan memastikan hak-hak anak negeri terus terpelihara.

Bercakap dalam satu kenyataan di Kota Kinabalu, beliau berkata, perkara itu akan dibincangkan dengan jabatan dan agensi berkaitan tentang tindakan ke atas mereka yang kini memiliki sijil palsu dan mensyorkan langkah-langkah penambahbaikan yang boleh dilakukan dan perlu diambil.

Baru-baru ini, SPRM menahan 18 orang dalam satu operasi khas di empat bandar utama di Sabah bagi membantu siasatan berhubung pemilikan Sijil Anak Negeri palsu.

Daripada 18 orang itu, lapan ditahan di Kota Kinabalu, dua di Tawau, lima di Lahad Datu dan tiga lagi di Sandakan.

Ends/Donny (Stat/Donny)
Sheryl

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s