27/6/2015:Peruntukan 10-Juta Ringgit Untuk Pembaikan Laluan Pandakian Gunung Kinabalu

Kerajaan negeri menzahirkan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan kerajaan Pusat kerana menyalurkan peruntukan 10-juta ringgit kepada Taman-Taman Sabah bagi membaiki kerosakan kemudahan pendakian di Gunung Kinabalu.

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman berkata, peruntukan itu akan digunakan untuk membaiki laluan pendakian yang mengalami kerosakan teruk akibat kejadian gempa bumi di Ranau, 5 Jun lepas.

Kerja-kerja pembaikan akan dilaksanakan dalam masa terdekat sebelum aktiviti pendakian dibuka pada awal September depan.

Datuk Musa menyatakan demikian kepada media selepas penyampaian sumbangan kepada penduduk di Masjid Peringkat Empat, Kampung Padas, Sandakan.

Dua kawasan laluan pendakian yang runtuh adalah di kilometer 1.5 hingga 1.8 dan kilometer 6.1 hingga kilometer 7. Turut mengalami kerosakan laluan pendakian dari Mesilau ke Layang-layang.

Ends/Donny (Dman/Cov)
Sheryl

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s