27/6/2015:PPA1M Kinarut Dilancar

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa melancarkan projek Perumahan Awam 1Malaysia (PPA1M) Puncak Gloxinia Kinarut Selatan membabitkan pembinaan seribu 296 unit kediaman.

Objektif projek itu adalah bagi menyediakan rumah mampu milik berkualiti kepada penjawat awam dengan kumpulan sasar yang tergolong dalam kategori pendapatan bulanan di bawah 10-ribu ringgit.

Tan Sri Dr. Ali berkata, projek itu untuk membantu penjawat awam muda dan berpendapatan sederhana untuk memiliki rumah berkualiti di lokasi strategik dengan harga berpatutan.

Beliau menyatakan demikian ketika menyempurnakan pelancaran projek tersebut dan majlis menandatangani perjanjian antara PPA1M, lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB) serta syarikat Visa Land Sendirian Berhad di Kinarut.

Kediaman PPA1M yang berkeluasan seribu kaki persegi dijual kepada penjawat awam dengan harga bermula 227-ribu ringgit seunit dan projek dijangka siap dalam tempoh 36 bulan.

Ends/Donny (Salma/Bern/cov)
Sheryl

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s