29/06/2015:KDN Kaji Bentuk Latihan Libatkan Operasi SAR Di Gunung

Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyifatkan Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) bertuah kerana mempunyai anggota daripada kalangan malim gunung.

Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar Keselamatan) KDN, Datuk Seri Adenan Ab Rahman berkata, dalam kejadian gempa bumi pada 5 Jun lepas, anggota Rela tersebut pantas melaksanakan tugas mencari dan menyelamat pendaki yang terkandas di Gunung Kinabalu.

Menurut beliau, hanya negeri Sabah sahaja mempunyai anggota Rela daripada kalangan malim gunung seramai 65 orang. Datuk Seri Adenan ditemui pemberita sempena Program Bakti Rela di Kampung Sokid, Ranau.

Susulan gempa bumi berukuran 5.9 pada skala Richter itu, beliau berkata, pihaknya akan mengkaji bentuk latihan melibatkan operasi mencari dan menyelamat di gunung bukan sahaja di Sabah, tetapi juga di negeri lain.

Pada program itu, seramai 105 anggota Rela, yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat di Ranau, menerima sumbangan bantuan dan penghargaan. Seramai 43 daripada jumlah itu adalah malim gunung.

13 keluarga anggota RELA yang mengalami kerosakan rumah akibat akibat gempa turut menerima sumbangan.

 
Sahira/Cov/Juliana
sheryl
Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s