29/06/2015:Lapor Kepada KPDNKK Jika Ada Peniaga Di Kawasan Pedalaman Naikkan Harga Barang

Peniaga di kawasan pedalaman negeri ini dinasihat melaporkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) jika ada pembekal dan pemborong menaikkan harga barangan dengan alasan pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Laporan itu penting bagi memastikan pihak berkuasa dapat mengambil tindakan tegas terhadap pemborong dan pembekal yang menaikkan harga barangan sesuka hati.

Ini ditegaskan Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah Datuk Jainab Ahmad Ayid.

Katanya, tindakan tegas harus diambil sebagai usaha meningkatkan keyakinan pengguna terhadap keseriusan kerajaan menangani masalah itu.Beliau ditemui Bernama selepas meninjau harga barang di sekitar pekan Nabawan dan Sook.

Dalam tinjauan itu, rata-rata peniaga di kawasan berkenaan mengadu bahawa pembekal serta pemborong menaikkan harga barang sehingga menyebabkan mereka terpaksa menjual barangan pada harga mahal kepada pengguna.

 
Juliana/Bernama
sheryl
Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s