29/06/2015:PPM Patahkan Cubaan Bawa Masuk 30 PATI Ke Tawau

Pasukan Polis Marin (PPM) Tawau mematahkan cubaan membawa masuk 38 pendatang asing tanpa izin (PATI) ke daerah Tawau.

Komander PPM Wilayah Empat Sabah, ACP Mohamad Madun berkata, kesemua PATI berkenaan ditahan selepas dua bot jongkong dinaiki mereka dipintas anggota PPM yang melakukan rondaan di sekitar sungai Kalabakan Tawau kira-kira 12.30 tengah hari, sabtu lalu.

Dalam pemeriksaan itu, pasukan peronda mendapati 22 lelaki dan 16 wanita berusia satu tahun hingga 63 tahun di dalam kedua-dua bot berkenaan, tiada sebarang dokumen perjalanan yang sah.

Seorang daripada tekong bot jongkang berkenaan merupakan warga tempatan dan seorang lagi gagal menunjukkan sebarang dokumen pengenalan diri.

Dalam kenyataan di Tawau, ACP Mohamad berkata, siasatan awal mendapati kesemua PATI yang ditahan berasal dari Indonesia dan akan didakwa di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/1963. 

 
Juliana/Bernama
sheryl
Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s