29/6/2015:Kad Raya Semakin Dilupakan

Kecanggihan teknologi perhubungan masa kini menjadi faktor masyarakat tidak lagi menggunakan Kad bagi menyampaikan ucapan khususnya pada musim perayaan.

Masyarakat kini terutamanya golongan muda, lebih selesa menggunakan khidmat pesanan ringkas (SMS), e-mel, laman sosial Facebook, Twitter dan aplikasi WhatApps bagi menyampaikan ucapan.

Tinjauan Kru RTM di salah sebuah kedai buku di Kota Kinabalu mendapati Kad Raya yang dipamerkan kurang mendapat sambutan walaupun menampilkan pelbagai corak terkini.

Beberapa pekerja dan pengunjung yang ditemui turut mengakui bahawa penjualan kad tersebut semakin berkurangan.

Bagaimanapun, ada juga yang berpendapat bahawa Kad Raya mempunyai nilai tersendiri yang begitu klasik dan nostalgik, khususnya bagi mereka yang pernah melalui era penggunaannya.

  (Rita/RG/Cov/Anuar)
Sheryl

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s