29/6/2015:RM250 Ribu Untuk Naiktaraf 10 Masjid Di Beluran

Sebanyak 250-ribu ringgit diperuntukkan bagi menaiktaraf 10-buah masjid dalam Parlimen Beluran. Ia bertujuan menyediakan suasana lebih selesa kepada rakyat untuk beribadah dan menjalankan aktiviti agama.

Ahli Parlimen Beluran Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee berkata, usaha itu juga sejajar dengan komitmen dan perhatian kerajaan dalam menyediakan prasarana keagamaan tanpa mengira agama di negara ini.

          Beliau berkata demikian pada Majlis Penyampaian Sumbangan Pejabat Parlimen Beluran kepada Surau dan Masjid Zon Labuk di Kampung Kolapis, Beluran.

          Datuk Ronald yang juga Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat berkata,  usaha kerajaan untuk membangunkan kawasan luar bandar perlu terus mendapat sokongan daripada rakyat.

Ini kerana, katanya, di bawah Rancangan Malaysia ke-11, banyak peruntukan disalurkan untuk tujuan tersebut, termasukkan untuk meningkatkan pendapatan isi rumah.
Hadir sama, Ketua Pemuda Umno Beluran, Samad Jambri.

(dman/saziri/COV/beta/Anuar)
Sheryl

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s