01/07/2015:Agensi Kerajaan Negeri Dialu-Alukan Tampil Hulur Sumbangan

Agensi-agensi kerajaan di negeri ini dialu-alukan tampil menghulurkan sumbangan khususnya kepada golongan yang memerlukan bantuan.

          Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman berkata, usaha itu bukan sahaja membuktikan agensi kerajaan peka terhadap keperluan rakyat malah mahu memastikan golongan itu mendapat pembelaan sewajarnya.

          Pada masa sama, selain menjadi tradisi kerajaan sepanjang Ramadan, usaha turun padang juga mampu mengeratkan hubungan silaturrahim antara pemimpin dan masyarakat.

          Beliau berucap pada Majlis Penyampaian Sumbangan dan Majlis Berbuka Puasa Bersama Penduduk di Masjid Kampung Batu Putih, Sandakan.

          Hadir sama, Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Zakaria Haji Edris dan Ahli Parlimen Libaran, Datuk Juslie Ajirol.

          Pada majlis itu, Datuk Musa turut menyaksikan penyampaian sumbangan kepada 758 golongan asnaf daripada Baitulmal, Pertubuhan Peladang Kawasan Sandakan dan Parlimen Libaran.

Ends/FLA (Sandakan/cov)     
Sheryl

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s