01/07/2015:Dua Tompok Panas Dikesan Di Sabah

Rakyat Malaysia perlu bersedia menghadapi cuaca lebih panas berikutan monsun barat daya yang sedang melanda negara ini.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) Datuk Che Gayah Ismail berkata musim monsun itu akan membawa cuaca panas dan kering, yang diramalkan berlanjutan hingga September.

Beliau berkata demikian kepada Bernama di Kuala Lumpur sambil menjelaskan bahawa keadaan cuaca mungkin bertambah buruk serta mengakibatkan jerebu sekiranya terdapat pembakaran terbuka secara berleluasa.

Berdasarkan imej terbaru satelit Pusat Meteorologi Khas ASEAN (AMSC), tiada tompok panas dikesan di Semenanjung Malaysia, tetapi terdapat masing-masing dua di Sabah dan Sarawak.

Semakan dengan Jabatan Alam Sekitar mendapati kesemua 52 kawasan yang dibuat pemantauan kualiti udara di seluruh negara hari ini menunjukkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) berada pada paras baik dan sederhana.

Ends/FLA/BERNAMA
Sheryl

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s