01/07/2015:SIFF Tampil Tema Perkahwinan Rakyat

Festival Kesenian Rakyat Antarabangsa (SIFF) kali ke-10, yang berlangsung dari 10 hingga 15 Ogos ini di Pusat Kebudayaan Sabah, Penampang, menampilkan tema ‘perkahwinan rakyat’ dari seluruh dunia.

Pengurus Besar Lembaga Kebudayaan Sabah, Datu Rosmadi Datu Sulai berkata, ini bermakna koreografer dan pakaian menjurus kepada perkahwinan tradisi etnik di seluruh dunia.

Beliau ditemui media pada pelancaran promosi SIFF kali ke-10 di perkarangan Wisma Innoprise, Kota Kinabalu.

Majlis pelancaran disempurnakan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman.

Negara-negara terlibat ialah Republik Slovakia, Latvia, Indonesia, Filipina, Korea Selatan, Rusia, Brunei Darussalam, Kazakhstan, Taiwan, India, Turki dan Kyrgyzstan.

Negara-negara berkenaan akan berentap merebut gelaran juara pada Pertandingan Tarian Rakyat Antarabangsa, yang merupakan acara kemuncak festival berkenaan.

Tiket untuk menyaksikan festival itu boleh didapati di Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah, Pusat Kebudayaan Sabah, Penampang dan Pusat Konservasi Balai Seni Lukis Sabah.

Ends/FLA (Maria/Cov)
Sheryl

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s