04/07/3015:Hujan Berterusan Sebabkan Paras Air Meningkat

Paras air di sungai Ulu Kadamaian dan Sungai Penataran, Kota Belud menunjukkan peningkatan berbanding beberapa hari lalu berikutan hujan di kawasan gunung Kinabalu.

Menurut kenyataan Pakar Geologi Universiti Malaysia Sabah (UMS), Profesor Dr. Felix Tongkul, hasil pemantauannya di Sungai Ulu Kadamaian pada sebelah pagi kelmarin mendapati paras air air telah meningkat dengan begitu cepat sekali dan bertukar menjadi sangat keruh dimana kandungan lumpur meningkat secara mendadak.

Manakala pemantauan di Sungai Penataran pada sebelah tengah hari juga mendapati keadaan sangat menakutkan dimana paras air adalah tinggi dan sangat deras dengan bunyi hentaman antara batu-batu besar.

Beberapa kawasan turut dilanda banjir lumpur termasuk di kampung Malangkap baru dan SK Kiau Taburi.

Dr. Felix berkata, keadaan itu sangat bahaya kepada penduduk yang tinggal di tepi sungai.

Sehubungan itu, penduduk diingatkan sentiasa berwaspada manakala pihak berkuasa juga perlu membuat pemantauan yang lebih kerap ke atas sungai-sungai berisiko ini.

Ends/Donny (Felix/Stat)
Sheryl

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s