08/07/2015:Bantuan Kemanusiaan Kepada Negeri Yang Ditimpa Bencana

Biro Kebajikan UMNO Malaysia akan memberi tumpuan kepada program bantuan kemanusiaan dalam negara khususnya di negeri-negeri yang ditimpa bencana bagi meringankan beban penduduk terlibat, tahun ini.

Pengerusinya, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, sepanjang bulan ramadan ini, biro itu memberi fokus kepada Kelantan dan Sabah berikutan bencana banjir dan gempa bumi yang mengakibatkan pelbagai kerosakan harta benda selain kehilangan nyawa.

Sebelum ini, biro tersebut menerusi Kelab Putera 1Malaysia pada setiap tahun bulan Ramadan akan melaksanakan misi bantuan kemanusiaan di luar negara.

Beliau menyatakan demikian dalam Program Ziarah dan menyampaikan bantuan kepada penduduk terjejas akibat kebakaran di Kampung Gusung Likas pada Mei lepas di Dewan Serbaguna Cenderakasih, Kolombong Inanam.

Dalam majlis itu, seramai 114-mangsa menerima sumbangan berupa wang tunai, kuih raya dan beras.

Ends/Donny (Jean/cov)

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s