08/07/2015:MCMC Serah 50 Unit Walkie Talkie Kepada Persatuan Malim Gunung

Dalam perkembangan berkaitan, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menyerahkan 50-unit walkie talkie kepada Persatuan Malim Gunung Kinabalu dan Lembaga Pemegang Amanah Taman-Taman Sabah (Sabah Parks).

Datuk Seri Dr. Halim Shafie dalam majlis itu berkata, pemberian walkie talkie tersebut adalah janji Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek ketika melakukan lawatan ke Taman Kinabalu, beberapa hari selepas kejadian gempa bumi berukuran 5.9 pada skala ricther yang berlaku pada 5 Jun lalu.

Baki 50 unit lagi akan diserahkan selepas sambutan Aidilfitri.

Dalam majlis itu, Datuk Dr. Halim turut menyampaikan sumbangan MCMC kepada keluarga mendiang Ricky Masinin, salah seorang Malim Gunung yang terkorban semasa kejadian gempa bumi itu.

Ends/Donny (Ear/cov)
Sheryl

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s