08/07/2015:Tabung Kemanusiaan KKMM Berjaya Kumpul RM777 Ribu Sehingga Semalam

Tabung Kemanusiaan Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) bagi membantu mangsa gempa bumi di Sabah telah mengumpul lebih 777-ribu ringgit sehingga semalam.

Tabung yang dinamakan ‘Tabung Gempa Sabah’ itu dilancarkan sebulan lalu, iaitu beberapa hari selepas Sabah dilanda gempa bumi berukuran 5.9 pada skala Richter pada 5 Jun lepas.

Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), Datuk Seri Dr Halim Shafie berkata, pihaknya mensasarkan sekurang-kurangnya mengumpul 1-juta ringgit sumbangan orang ramai yang dibuat menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS).

Beliau menyatakan demikian kepada media selepas majlis penyerahan ‘Walkie-talkie’ kepada Persatuan Malim Gunung dan Lembaga Pemegang Amanah Taman-Taman Sabah di Taman Kinabalu Kundasang.

Orang ramai yang ingin menyalurkan bantuan boleh terus menaip GEMPA jumlah yang ingin disumbangkan dan hantar ke 13999.

Ends/Donny (Ear/Bern/cov)
Sheryl

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s