28/07/2015:Dua Muka Baharu Dari Sabah Dilantik Anggotai Kabinet Persekutuan

Dua muka baharu dari Sabah dilantik menganggotai Kabinet Persekutuan dalam rombakan kabinet yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kira-kira pukul 1.45 petang tadi.

Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Usukan, Datuk Seri Panglima Salleh Tun Said dilantik sebagai Menteri Komunikasi Dan Multimedia (KKMM) manakala Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau sebagai Menteri Sains, Teknologi Dan Inovasi (MOSTI).

Rombakan tersebut turut menyaksikan Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah, Datuk Seri Haji Mohd Shafie Haji Apdal dan Menteri MOSTI, Datuk Ewon Ebin digugurkan daripada senarai kabinet persekutuan.

Bagaimanapun, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Panglima Dr Maximus Ongkili, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Joseph Kurup dan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan mengekalkan portfolio masing-masing.

Sementara itu, Yang Dipertuan Agong turut memperkenan pelantikan Datuk Salleh sebagai Ahli Dewan Negara dan akan mengangkat sumpah dalam masa terdekat.

 
Ends/Donny (She/Tika/Stat)
sheryl
Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s