28/07/2015:Malaysia-Brunei Tingkat Kerjasama Pertahanan

Malaysia dan Brunei terus mempertingkatkan kerjasama pertahanan dengan mengukuhkan sistem keselamatan di sempadan kedua-dua negara khususnya di Sabah.

Antaranya menerusi Eksesais Bersatu Siri 10/2015 dan Eksesais MALBRU SETIA Siri 12/2015 membabitkan Tentera Darat Malaysia (TDM) bersama Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) tahun ini.
Menurut Ketua Staff Markas Angkatan Petugas 4-5-0, Kolonel  Dr. Hj Ahmad Sham Hj Baharin, eksesais itu bertujuan memantapkan lagi kesiapsiagaan ketenteraan kedua-dua negara meliputi aspek pentadbiran dan logistik.
Beliau ditemui media ketika mempengerusikan Persidangan Pertama Perancangan Latihan berkenaan di Kota Kinabalu.
Sementara itu, Pengerusi bersama Persidangan itu, Pegawai Pemerintah 1 Batalion TDDB, Leftenan Kolonel Omar Shariff Hj Hidop menyifatkan kerjasama hampir 15 tahun itu bukan sahaja dapat bertukar-tukar idea berkaitan aspek keselamatan malah berkongsi kepakaran.
Latihan tersebut yang dijadual pada bulan Oktober tahun ini akan diadakan di Kota Belud Sabah dan Miri Sarawak membabitkan lebih 500 anggota dan pegawai termasuk logistik ketenteraan masing-masing.
Ends/Donny (SJK/cov)
sheryl
Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s