28/07/2015:Pelajar SMK Arshad Harumkan Nama Sabah

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Arshad, Kota Belud berjaya mengharumkan nama Sabah dalam Festival Borneo Hornbill, Peringkat Kebangsaan yang berlangsung ke Ibu negara.

Ini berikutan kejayaan mereka merangkul juara keseluruhan dalam pertandingan tarian kreatif dan tarian Tradisional dalam festival tersebut.
Antara kategori lain yang dimenangi dalam pertandingan itu termasuklah Kategori Tradisi, drama tari, keografer terbaik kategori kreatif, drama tari, adunan muzik terbaik dan pakaian terbaik kategori drama tari.
Menurut Pengetua SMK Arshad, Ajmal Haji Jumah, kejayaan itu membuktikan kerjasama serta komitmen padu pihak sekolah, persatuan ibubapa dan guru (PIBG) serta pelajar menerusi kelab budaya di sekolah berkenaan.
Beliau ditemui pemberita RTM selepas menyambut ketibaan pasukan sekolah itu di Terminal Dua, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu.
Dalam pertandingan itu, SMK Arshad mempertaruhkan dua tarian dikenali “Tuwou” iaitu sejenis burung dari Etnik Murut dan “Magalai Labuk” dari Etnik Dusun Labuk, Telupid.
Ends/Donny (FM/cov)
sheryl
Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s