30/07/2015:Jabatan Perhutanan Sabah Tubuh Pasukan Bersenjata

Ancaman pemburu dan pembalak haram yang menceroboh kawasan hutan simpan menjadi faktor utama penubuhan pasukan bersenjata Jabatan Perhutanan Sabah. 

Pengarahnya, Datuk Sam Mannan berkata, penggunaan senjata api diperlukan untuk menjaga sumber dan khazanah di kawasan hutan simpan negeri ini, selain bagi kakitangan jabatan tersebut mempertahankan diri daripada ancaman penjenayah khususnya pemburu dan pembalak haram serta pendatang asing tanpa izin.

Beliau menyatakan demikian pada majlis pelancaran Pasukan Bersenjata dan Unit Anjing Pengesan (K9) jabatan berkenaan di Sandakan. 

Sementara itu, menurut Datuk Sam, Unit K9 yang ditubuhkan tahun ini menumpukan usaha membanteras kegiatan mencuri dan menyeludup kayu gaharu di hutan simpan.

Unit berkenaan ditubuhkan dengan kos 350-ribu ringgit termasuk kos pembelian dua ekor anjing dan latihan dua kakitangan jabatan. Unit berkenaan akan diperkuatkan dengan pembelian dua lagi ekor anjing bagi memperluaskan skop tugas membanteras pemburu haram dan pencuri kayu gaharu.

 
Ends/amran/saziri/cov/ber/rina
Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s