30/07/2015:Pembaharuan Bagi Mantapkan Urus Tadbir Negara

Barisan kabinet baharu yang dumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini disifatkan sebagai satu pembaharuan bagi memantapkan lagi urus tadbir Negara.

Menurut Pensyarah Kanan Sekolah Sains Sosial, Universiti Malaysia Sabah (UMS), Dr. Lee Kuok Tiung, rombakan itu bermatlamat untuk membina kumpulan pengurusan yang boleh bekerja bersama Perdana Menteri bagi menguruskan negara sekaligus mengangkat imej kerajaan Barisan Nasional kepada rakyat.

Ini kerana, setiap ahli kabinet yang dipilih mempunyai kepakaran dan kelebihan dalam portfolio masing-masing bagi menghadapi cabaran negara ketika ini dan juga pada masa akan datang.

Dr Lee menyatakan demikian dalam temuramah khas bersama RTM di UMS, Kota Kinabalu.

Mengulas mengenai barisan kabinet yang digugurkan, Dr Lee berpendapat ianya lumrah dalam bidang politik. Bagaimanapun, beliau tidak menolak kemungkinan mereka yang digugurkan dimasukkan semula pada masa akan datang seperti yang berlaku kepada Datuk Seri Azalina Othman Said yang kini dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

 
Ends/Sahira/Cov/Rina
sheryl
Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s