30/07/2015:PPKK Ditubuhkan Di Bawah Akta Kanak-Kanak 2001

Daerah-daerah atau komuniti yang mempunyai risiko tinggi kanak-kanak teraniaya boleh menubuhkan Pasukan Perlindungan Kanak-kanak (PPKK) di bawah Akta Kanak-Kanak 2001.

Menurut Ketua Penolong Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Hajah Rugayah Awang Besar, di Sabah, sebanyak 19 PPKK telah diwujudkan melibatkan hampir 300 ahli yang dilantik dan diberi tanggungjawab sepenuhnya dalam aspek perlindungan kanak-kanak. 

Beliau menyatakan demikian dalam taklimat sempena Lawatan PPKK Sandakan ke Jabatan Kebajikan Masyarakat Am Sabah di Kota Kinabalu.

Dalam pada itu, Pengarah Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah, Mohd Noor Wahab yang ditemui RTM berkata, PPKK di Sabah perlu memperkasakan peranan dan fungsi dalam usaha menyelamat, melindungi dan memelihara kanak-kanak terutama yang dianiaya.  Ini bagi memastikan perkhidmatan sewajarnya diberikan kepada golongan sasar. 

Sebanyak 15 ahli PPKK Sandakan menyertai lawatan berkenaan.

 

Ends/Rita/Tam/Cov
sheryl
Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s